Masjid di Perlis diarah hadkan aktiviti, ketatkan SOP – MAIPs

0
22
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

CYBERJAYA – Semua masjid di Kuala Perlis diarahkan supaya mengehadkan aktiviti pengimarahan dan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) mulai hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, tindakan tersebut diambil susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Kuala Perlis dan kawasan sekitarnya.

“Semua masjid di Kuala Perlis dan sekitarnya terlibat dengan arahan pelaksanaan aktiviti pengimarahan secara terhad dan SOP diperketatkan bermula waktu solat zohor hari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), hari ini.

GAMBAR HIASAN

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, enam masjid yang terlibat ialah Masjid Rahmaniah, Kuala Perlis; Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Seberang Ramai; Masjid Terapung Al-Hussain; Masjid Al-Firdaus, Padang Besar Selatan; Masjid Al-Munir, Jalan Batu Lima dan Masjid Al-Mukminin, Kota Kayang.

Titah baginda, mereka yang berada dalam kawasan terlibat dilarang keluar dari kariah untuk menunaikan solat atau hadir mengimarahkan masjid di tempat lain.

Orang ramai turut diminta supaya segera membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) sekiranya terdapat individu yang melanggar ketetapan tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin turut bertitah, hanya pegawai bertugas (imam, bilal dan siak) serta jemaah yang terdiri daripada kalangan jawatankuasa kariah masjid tidak melebihi 12 orang sahaja dibenarkan melaksanakan aktiviti solat jemaah.

Semalam, negeri Perlis mencatat pertambahan sebanyak 16 kes baharu Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here