Matthew Glaetzer dihujani kecaman nitizen

0
2859
Matthew Glaetzer

CYBERJAYA – Peminat sukan lumba basikal seluruh dunia khususnya dari Malaysia menyelar pelumba Australia, Matthew Glaetzer yang gagal mempamerkan semangat kesukanan dalam acara Keirin Lelaki Sukan Olimpik hari ini.

Glaetzer yang berada pada kedudukan (posisi) kedua perlumbaan dikatakan dengan sengaja tidak melakukan gerakan mengejar pelumba pendahulunya (Jason Kenny), sekaligus memusnahkan harapan Datuk Azizulhasni Awang untuk meraih pingat emas pada final acara Keirin.

Tindakan tidak bertanggungjawab Glaetzer itu menyebabkan pelumba lain termasuk Azizulhasni ‘tersekat’ untuk mengejar dengan Kenny.

Sejurus selepas tamat perlumbaan itu, nitizen Malaysia dilihat mula menghemburkan kekecewaan di akaun Instagram dan Twitter Glaetzer dengan menyifatkan atlet itu sudah ‘dibeli’ oleh Britain.

pit_99 berkata; Jangan beraksi di final jika anda hanya mahukan Perak dan Gangsa. Benda tinggal gap jauh-jauh. Kena bayar ke?

holyholymackerel berkata; Acara Keirin paling teruk! Hanya kerana strategi ‘bijak’ kamu.

Cassiopeia_teng berkata; Di mana semangat kesukanan kamu? Ini adalah Olimpik dan kamu beraksi seperti pelawak. Adakah kamu masih menyembah Britain?

Dalam perlumbaan final itu, jaguh trek negara, Azizulhasni menduduki tempat kedua selepas tewas kepada Kenny manakala juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen meraih gangsa.

Semalam ini, pelumba Britain, Jack Carlin dikecam ribuan nitizen Malaysia kerana dikatakan menjadi punca Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh pada perlumbaan saringan kedua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here