Mayat keempat kejadian kepala air ditemui

0
135
Mohamad Faizal Zohir,

YAN – Mangsa maut keempat akibat dihanyutkan kepala air dari Gunung Jerai, ditemui di kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Sungai Udang pada pukul 3.10 petang ini.

Mayat yang dikenal pasti sebagai Mohamad Faizal Zohir, 28, dikatakan sedang menyiapkan kerja-kerja pembinaan pondok di dusun dekat di kawasan peranginan Air Terjun Titi Hayun

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, penemuan mangsa yang dilaporkan sebelum ini menjadikan jumlah korban fenomena kepala air itu kini 4 orang.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Usaha mengesan dua lagi mangsa yang dilaporkan hilang iaitu Ridwan Poniman dan Ku Shuib Ku Abdullah masih diteruskan,” katanya.

Dalam kejadian petang semalam, fenomena kepala air yang turun dari Gunung Jerai merosakkan berpuluh-puluh rumah yang terletak di tepi sungai, jalan raya, jambatan gantung, kenderaan dan menyebabkan banjir di kawasan perumahan.

Kejadian dikatakan berlaku selepas hujan yang turun tanpa henti sejak dari pagi semalam.

.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here