Mayat mangsa terakhir tragedi kepala air ditemui

0
95
Mayat mangsa dikeluarkan oleh pasukan SAR di Titi Hayun hari ini.

YAN – Mangsa terakhir kejadian kepala air di Gunung Jerai ditemui tersangkut di bawah timbunan kayu di belakang sebuah chalet di Titi Hayun hari ini.

Menurut laporan Kosmo, Mayat mangsa Ridwan Poniman, 61, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 12.30 tengah hari.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, mayat mangsa dikeluarkan selepas sejam ditemui.

Menurut Sayani, mayat mangsa ditemui kira-kira 400 meter dari lokasi Pusat Kawalan Bencana (PKB) Titi Hayun.

“Mayat mangsa ditemui di sebelah kanan aliran sungai yang kira-kira 100 meter dalam di lokasi penemuan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Daerah Yan untuk tindakan lanjut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here