Menteri dan Timbalan Menteri angkat sumpah hari ini

0
20
Barisan Kabinet

CYBERJAYA- Barisan Kabinet baharu akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga dijangka berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia itu.

Dalam majlis istiadat itu, seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri akan mengangkat sumpah bermula pukul 2.30 petang.

Majlis berkenaan juga akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ismail Sabri pada Jumaat lalu mengumumkan barisan Kabinet termasuk empat menteri kanan, majoriti muka lama masih dikekalkan selain beberapa muka baharu diberikan tangungjawab.

Ahli Parlimen Bera itu dilantik sebagai Perdana Menteri yang kesembilan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos selepas hilang majoriti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here