Mesir tutup laluan Rafah

0
44
Pintu sempadan Rafah dari arah Gaza, menghala ke Mesir.

KAHERAH – Kerajaan Mesir menutup laluan keluar masuk ke Tebing Barat di Rafah mulai hari ini.

Menurut Reuters, penutupan itu dimaklumkan menerusi sumber keselamatan, semalam.

Kata sumber itu lagi, pembukaan semula laluan itu akan dimaklumkan nanti.

Sementara itu, pihak Hamas yang mentadbir Gaza, mengesahkan perkara berkenaan menerusi jurucakapnya, Iyad al-Bozom.

Laluan di Rafah merupakan pintu keluar masuk penting bagi penduduk Gaza yang mengalami penindasan ekonomi dan hak asasi manusia.

Sumber Reuters memaklumkan, penutupan laluan itu dibuat berikutan situasi keselamatan yang semakin tidak menentu berikutan insiden pada Sabtu lalu, yang menyaksikan pesawat tentera rejim Zionis membedil beberapa kedudukan di Gaza.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here