Messi tiba di Paris untuk muktamadkan kontrak bersama PSG

0
57
Messi (t-shirt putih) ketika tiba di lapangan terbang Barcelona sebelum berlepas ke Paris, Perancis, sebentar tadi.

PARIS – Bintang Argentina, Lionel Messi dilaporkan sudah tiba di Perancis bagi memuktamadkan penerimaan kontrak bermain bersama kelab bola sepak PSG, hari ini.

Sebelum itu, menurut Reuters, Messi tidak bercakap kepada pemberita setibanya di lapangan terbang di Barcelona, Sepanyol, sebelum berlepas menaiki jet peribadi miliknya.

Setibanya di Paris, Messi akan menjalani ujian perubatan dahulu, sebelum diumumkan secara rasmi kepada khalayak sebagai pemain kelab berkenaan.

Terdahulu, akhbar L’Equipe melaporkan, pemain berusia 34 tahun itu bakal ditawarkan kontrak bermain selama dua tahun, dengan pilihan untuk menyambung kontrak selama satu tahun lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here