Mesyuarat Kabinet tergempar pukul 4 petang ini

0
234
Bangunan Perdana Putra

CYBERJAYA – Satu mesyuarat Kabinet tergempar akan diadakan pada pukul 4 petang ini.

Difahamkan, mesyuarat berkenaan akan diadakan diadakan di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Mesyuarat berkenaan akan dihadiri oleh menteri-menteri dan timbalan menteri selain akan dihadir Ketua Whip parti.

Dipercayai, mesyuarat berkenaan akan membincangkan situasi semasa politik negara.

Sehingga kini, Pejabat Perdana Menteri bagaimanapun tidak memberikan sebarang pengesahan berhubung mesyuarat itu setakat ini.

Mesyuarat Kabinet itu diadakan selang 24 jam selepas Muhyiddin mengumumkan pelawaan rentas parti kepada parti-parti di luar PN untuk membantunya meraih undi percaya di Parlimen September ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here