Misi buru emas Olimpik pertama bermula, Azizulhasni turun pukul 2 petang ini

0
31
Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan turun beraksi dalam acara sprint individu lelaki petang ini

TOKYO – Misi negara untuk mencari pingat emas pertama dalam temasya Olimpik akan bermula petang ini apabila pelumba sensasi negara, Datuk Azizulhasni Awang bersama seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan turun beraksi dalam acara sprint individu lelaki.

Dalam perlumbaan itu, sebanyak 30 peserta akan mengambil bahagian dengan Shah Firdaus akan turun beraksi terlebih dahulu sebagai pelumba ke-19.

Kemudian ia akan diikuti oleh Azizulhasni yang turun sebagai pelumba ke-25.

Kedua-dua pelumba negara itu akan turun beraksi pada pukul 2.30 petang dalam peringkat kelayakan terlebih dahulu.

Sekiranya berjaya mereka akan beraksi dalam perlumbaan 32 terbaik untuk ‘heat’ pertama yang berlangsung pada pukul 3.35 petang.

Sebanyak 12 heat akan diadakan dalam pusingan tersebut dan 16 peserta terbaik kemudiannya akan beraksi dalam pusingan seterusnya pada pukul 5.13 petang ini.

Sekiranya berjaya mereka akan beraksi di pentas suku akhir yang dijadualkan esok.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here