
CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Industri mengucapkan selamat maju jaya kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Kementerian itu dalam hantaran di laman Facebooknya turut mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan dan binbingan sepanjang tempoh bersama kementerian terbabit.
“Seluruh warga MITI dan agensi ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di atas segala sumbangan dan bimbingan sepanjang tempoh bersama MITI.
“Semoga Datuk Seri dan keluarga sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT,” kata kementerian itu dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Semalam jemaah menteri secara serentak melepaskan jawatan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Peletakan jawatan Perdana Menteri dan jemaah menteri telah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa serta merta semalam.