MKT UMNO bermesyuarat malam ini

0
56

CYBERJAYA – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO difahamkan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan mengenai calon Perdana Menteri.

Menurut laporan beberapa portal berita, antara ahli MKT yang hadir termasuk Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Mohd Johari Baharom, dan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, dilihat memasuki ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn.

Mesyuarat yang difahamkan bermula pada pukul 8 malam itu, akan memfokuskan isu calon perdana menteri daripada UMNO, kata portal Getaran.

Sementara itu, menurut portal The Vibes, UMNO masih belum memutuskan mengenai calon untuk jawatan tertinggi kerajaan itu meskipun beberapa nama telah disebut-sebut sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here