MKT UMNO ketika ini hanya caretaker, tidak boleh buat keputusan

0
41
UMNO

CYBERJAYA- Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hanya berfungsi sebagai ‘caretaker’ dan tidak boleh membuat keputusan berkaitan parti. 

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Jasri Kasim berkata, tempoh caretaker itu berkuat kuasa sehingga UMNO menyelesaikan pemilihan dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Jasri berkata, MKT UMNO yang diketuai Presidennya iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya boleh menjalankan kerja pentadbiran parti sahaja.

“Segala dasar dibuat parti perlulah dibawa dan dibahas dalam PAU sebelum diputuskan.

“MKT sedia ada hanya boleh melaksanakan tugas urusan hal ehwal pentadbiran UMNO dan boleh meneruskan keputusan yang dibuat ketika PAU dan MKT sebelum 30 Jun lalu,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Mengulas mengenai maklumat tambahan yang dikemukakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam, Jasri berkata buat masa ini tiada sebarang jangka masa ditetapkan pihaknya.

“Jangka masa untuk membuat keputusan mengenai maklumat tambahan itu tidak dapat ditentukan,” katanya. 

Sebelum ini, ROS dilaporkan berkata penangguhan parti UMNO tidah sah kerana ketetapan itu dibuat berikutan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun lalu.

Menurut ROS, UMNO perlu membuat permohonan penangguhan mesyuarat agung atau pemilihan dengan mengemukakan cadangan tarikh kepada ROS dalam tempoh terdekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here