MKT UMNO serah kepada BN buat keputusan

0
80

CYBERJAYA – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menyerahkan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk membuat keputusan mengenai calon perdana menteri yang baharu.

Menurut portal Malaysia Gazette, perkara itu disahkan oleh ahli MKT UMNO Datuk Sharkar Shamsudddin, malam tadi.

Beliau yang menghadiri mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur berkata, perkara berkaitan pemilihan calon perdana menteri ada dibincangkan tadi, namun tiada nama ahli Parlimen tertentu disebut.

“Kita tak sebut siapa ahli Parlimen dan mereka akan pilih dalam mesyuarat yang dibuat selepas ini.

“Jadi, bagi kita MKT, kita serahkan kepada presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan Pengerusi BNBBC, Datuk Najib (Datuk Seri Najib Razak),” katanya kepada Malaysia Gazette.

Difahamkan, mesyuarat sesama ahli Parlimen BN akan diadakan selepas selesai mesyuarat MKT UMNO.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here