Mohon maaf pada semua, andai ada yang terkasar- Zulkifli

0
224
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

CYBERJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memohon maaf jika pernah mengguris hati mana-mana pihak semasa menjawat jawatan itu.

Zulkifli berkata, beliau juga mendoakan semoga negara yang cintai terus makmur, maju dan bangkit kembali pada era pandemik Covid-19.

“Mohon maaf kepada semua barisan agensi-agensi agama peringkat Persekutuan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri andai ada yang saya terkasar bahasa sepanjang kita sama-sama bekerja.

“Doa saya moga negara yang kita cintai ini terus makmur, maju dan bangkit kembali pada era endemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nama Zulkifli hari tidak tersenarai dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismal Sabri Yaakob.

Selain itu, turut mengucapkan tahniah kepada semua menteri dan timbalan menteri yang dilantik hari ini.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua barisan Kabinet, khususnya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dan Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Marzuk Shaary,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here