Muhyiddin akan kemuka surat letak jawatan esok – Pak Wan

0
192
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Pemimpin kanan parti Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengesahkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu mengesahkan perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat Ahli Parlimen Bersatu dengan Perdana Menteri di Pejabat Perikatan Nasional di Publika, hari ini.

“Ya, benar peletakan jawatan, esok” katanya ringkas memetik laporan Harian Metro hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Muhyiddin akan menawarkan peletakan jawatan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.

Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata, peletakan jawatan itu adalah jalan terakhir yang di ambil berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita bertanggungjawab dengan keadaan yang berlaku hari ini, kita sudah usaha yang terbaik untuk memastikan pengurusan Covid-19 berjalan dengan baik dalam pergolakan politik yang melanda.

“Kita sudah sampai ke tahap tidak boleh buat apa-apa pun yang terakhir adalah strategi bipartisan, tetapi tidak disambut, jadi kita kena letak jawatan, kita sudah usaha terbaik untuk rakyat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here