Muhyiddin ke Istana Negara

0
21
Muhyiddin melambaikan tangan kepada petugas media selepas keluar dari pejabatnya di Kompleks Bangunan Perdana Putra.

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan pejabatnya dan dipercayai ke Istana Negara.

Kenderaan Toyota Vellfire membawa Muhyiddin dilihat keluar pada pukul 12 tengah hari sambil diiringi polis pengiring.

Muhyiddin sempat menurunkan cermin kenderaan dan melambai tangan kepada petugas media yang menunggunya di Pintu Protokol.

Terdahulu Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet pada pukul 10 pagi tadi yang dihadiri barisan jemaah menteri.

Media sebelum ini melaporkan Muhyiddin dijangka membuat satu pemakluman penting berkaitan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here