
KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki pintu satu Istana Negara pada pukul 10.53 pagi tadi dengan diiringi oleh kenderaan polis pengiring.

Difahamkan, selesai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin akan ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan Mesyuarat Kabinet.
Para petugas media berkumpul di Istana Negara sejak pukul 7 pagi tadi bagi memantau keadaan terkini isi politik negara yang kembali ‘panas’ ketika ini.
Terdahulu, kenderaan membawa Muhyiddin diiringi beberapa kereta dan motosikal polis keluar dari kawasan kediamannya di Bukit Damansara kira-kira pukul 10.48 pagi.