Muhyiddin tiba di pejabatnya, akan pengerusikan mesyuarat khas Kabinet

0
22
Tan Sri Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pejabatnya di Kompleks Bangunan Perdana Putra di sini kira-kira pukul 8.07 pagi tadi.

Kenderaan Toyota Vellfire dinaiki Perdana Menteri itu tiba dengan diiringi oleh pasukan polis pengiring melalui pintu protokol.

Difahamkan, Muhyiddin akan mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet dengan yang dijadualkan pada pukul 10 pagi ini.

Terdahulu, Muhyiddin meninggalkan kediamannya di Bukit Damansara pada pukul 7.42 pagi untuk ke pejabatannya di Putrajaya.

Dalam pada itu, turut dilihat memasuki Kompleks Bangunan Perdana Putra adalah Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Semalam, media melaporkan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof memaklumkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here