Muhyiddin tinggalkan kediamannya, dipercayai ke pejabatnya di Putrajaya

0
46
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan kediamannya di Bukit Damansara pada pukul 7.42 pagi tadi.

Kenderaan Toyota Vellfire dinaiki Perdana Menteri itu diiringi polis serta pengiring dan dipercayai menghala ke Pejabatnya di Putrajaya.

Difahamkan, Muhyiddin akan mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri pada pagi ini sebelum ke Istana Negara pada tengah hari.

Para petugas media berkampung di perkarangan kediaman Perdana Menteri sejak pukul 6.30 pagi bagi mengikuti perkembangan semasa politik negara.

Media sebelum ini melaporkan Muhyiddin dijangka membuat satu pemakluman penting berkaitan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin juga dijangka mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang serta pegawai kanan kerajaan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here