MYDIN tutup cawangan di Aman Central, Kedah

0
695
MYDIN Alam Central. Kredit gambar media sosial

CYBERJAYA – Pasar raya terkenal MYDIN yang beroperasi di Aman Central, Kedah bakal menghentikan sepenuhnya operasi bermula hari ini.

Berita itu dimaklumkan menerusi laman rasmi MYDIN Malaysia sebentar tadi.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyebut punca pasar raya itu ditutup.

“Kepada pelanggan yang dihargai, MYDIN Aman Central, Kedah akan menamatkan operasinya pada 15 Ogos 2021. Terima kasih atas sokongan anda kepada kami selama ini,” tulis laman itu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan MYDIN di 1-300-30-8786.

MYDIN Taman Saga

Sementara itu, dalam komen balas di hantaran sama, pihak MYDIN memaklumkan pelanggan setia pasar raya itu masih boleh berbelanja di MYDIN Taman Saga.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here