Najib saman fitnah Muhyiddin, Wan Saiful

0
621
Datuk Seri Najib T

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan kerana menghina mahkamah.

Beliau berkata, tindakan undang-undang itu dibuat ekoran dakwaan Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana terdapat pihak yang ‘rakus’ kuasa demi jawatan nombor satu negara.

“Saya tak main propaganda. Saya tak main air liur. Saya berdasarkan bukti, kebenaran serta data dan sains. Kami cabar kamu buat laporan polis bahawa ada yang suruh kamu ganggu kes utama, kamu tak berani. Sampai kita perlu buat untuk kamu (laporan polis).

“Suruh kamu keluarkan bukti, kamu tak ada. Sebab itu, peguam saya akan mengemukakan saman fitnah serta mohon kepada mahkamah untuk ambil tindakan terhadap Muhyiddin dan Wan Saiful Wan Jan kerana menghina mahkamah. Dia kata dia turun sebab ada yang rakus kuasa mahu jawatan dia.

“Tapi dia sudah lupa siapa yang rakus kuasa untuk tikam belakang Tun Mahathir dan khianat gabungan dia untuk rampas kuasa setelah parti dia kalah begitu teruk sekali kepada Barisan Nasional (BN) pada PRK (Pilihan Raya Kecil) Tanjung Piai dan mula minta nyawa pada kami,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Pada masa sama, Najib turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang menggunakan ordinan darurat untuk kekal berkuasa.

“Siapa yang rakus untuk kekalkan kuasa sehingga hentikan parlimen selama 7 bulan dan selepas dipaksa bersambung, dia tak benarkan ordinan darurat dibentang sehingga terpaksa menipu Yang di-Pertuan Agong? Siapa yang rakus kuasa sehingga sanggup sogok-menyogok ahli-ahli Parlimen?

“Dia kata jalan paling mudah untuk dia kekalkan kuasa ialah dia bersuhabat dengan “kelptokrat” tetapi dia tidak akan buat begitu tapi dia lupa bahawa “kleptokrat” juga yang dia minta nyawa dan naikkan dia jadi Perdana Menteri pada tahun lalu,” katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sementara itu, Najib berkata, tuduhan Muhyiddin bahawa beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika beliau sebagai Perdana Menteri adalah disebabkan 1MDB adalah tidak benar.

Katanya, punca Muhyiddin dipecat adalah kerana beliau berkomplot dengan Dr. Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri.

Najib berkata, perkara itu diakui sendiri oleh Mukhriz ketika memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi

Wan Saiful Wan Jan

“Bukti mahkamah dari mulut Mukhriz sendiri menyebut beliau mengaku bahawa bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.”

“Malah, katanya, usaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu bukan bermula pada tahun 2015 tetapi lebih awal lagi iaitu tahun 2014, katanya, ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi ,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here