Najib selesai menghadap Agong

0
46
Kenderaan membawa Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari Istana Negara.

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan Istana Negara selepas sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau sempat menurunkan cermin kereta untuk melambai tangan ke arah media.

Ahli Parlimen Pekan itu pagi tadi mengetuai kumpulan pertama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tiba di Istana Negara kira-kira pukul 10.40 pagi.

Tidak lama selepas Najib, turut meninggalkan Istana Negara ialah Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Tan Sri Annuar Musa keluar dari Istana Negara

Difahamkan, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengumpul jumlah surat akuan tertinggi iaitu dengan 114 sokongan.

Hari ini, Ahli Parlimen yang memberikan sokongan kepada Ismail Sabri dipanggil ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here