Nak tunggu September, berapa ratus ribu lagi akan dijangkiti Covid-19?

0
192
Dr Mahathir Mohamad

CYBERJAYA- Dari sekarang sehingga September, berapa ratus ribu orang yang akan dijangkiti Covid-19 kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata demikian berhubung penangguhan sidang Parlimen baru-baru ini dan sidang seterusnya yang akan diadakan September ini.

Katanya, kerajaan seolah-olah tidak merasakan pentingnya untuk bertindak segera bagi menangani wabak Covid-19 yang kini kian memburuk di negara ini.

“Saya tak ada minat dalam politik berhubung soal ini. Saya berasa bimbang dengan perkembangan Covid-19

“Mereka masih bincang berkenaan siapa nak jadi perdana menteri, bila nak ada sidang Parlimen. Sidang Parlimen patut diadakan lebih awal lagi. Ini dibuat pada 26 Julai lalu (dan ) tak bincang pun berkenaan Covid-19.

“Sidang parlimen (seterusnya) September. Dari sekarang sehingga September, berapa ratus ribu orang yang akan dijangkiti?

“Jadi tak ada ‘sense of urgency‘, tak ada rasa tertekan bahawa pentingnya kita bertindak sekarang,” katanya dalam program wawancara bersama Astro Awani malam tadi.

Semalam, terdapat 19,819 kes baru Covid-19 dan 257 kes kematian akibat wabak itu yang dilaporkan. Kedua-duanya merupakan rekod tertinggi sejak penularannya awal tahun lalu.

Dalam wawancara malam tadi, Dr Mahathir menegaskan dia tiada hasrat untuk sekali lagi menjadi perdana menteri, sebaliknya hanya seorang “warga yang patriotik” yang ingin melihat Malaysia berjaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here