
GAZA – Sebuah jalan di Gaza dinamakan sebagai Jalan Malaysia sebagai memperingati hari kemerdekaan negara hari ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, penghargaan itu merupakan hadiah paling besar Palestin buat negara sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia Ke-64 pada tahun ini.
“Sebahagian tanah Palestin kini dinamakan dengan nama negara kita, Malaysia.
“Malaysia Street ini terletak di salah sebuah jalan penting di tengah bandar Gaza, berdekatan himpunan universiti, bangunan-bangunan kerajaan dan agensi antarabangsa di sini.

“Pemilihan lokasi ini menandakan penghargaan terhadap persaudaraan dan solidariti kita bersama mereka,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Telegram miliknya hari ini.
Beliau berkata, perasmian nama jalan itu disempurnakan oleh Datuk Bandar Gaza, Dr Yahya As-Sarraj dan Pengarah MyCare di Gaza Dr Ziad Shehadah.-MT