Negara catat angka kes baharu tertinggi hari ini

0
122

CYBERJAYA – Negara mencatat bilangan kes baharu Covid-19 tertinggi hari ini, apabila sebanyak 24,599 kes dilaporkan di seluruh negara.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 1,640,843 kes, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Selangor melaporkan bilangan kes tertinggi dengan 6,936 kes, diikuti Sabah dengan 3,487 kes, dan Johor dengan 2,785 kes.

Sementara itu, berikutan kenaikan mendadak jumlah kes di negeri Sabah, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 180,000 dos vaksin satu suntikan keluaran CanSino telah dihantar ke negeri itu.

“Ingin dimaklumkan sejumlah 180,000 dos vaksin satu suntikan CanSino telahpun dihantar ke negeri Sabah.

“Diharapkan vaksin CanSino dapat mempercepatkan san memudahkan liputan vaksinisasi khususnya di kawasan pendalaman dan kumpulan sasar yang telah dikenalpasti,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu ciapan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here