New Zealand sahkan kematian pertama disyaki berkaitan vaksin Pfizer

0
346

WELLINGTON – New Zealand melaporkan kematian pertama yang disyaki disebabkan pengambilan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer.

Menurut Reuters, perkara itu diumumkan oleh Kementerian Kesihatan negara itu, hari ini.

Laporan itu, yang telah turut direviu oleh jawatankuasa keselamatan vaksin, menyebut mangsa merupakan seorang wanita yang tidak didedahkan identitinya.

Jawatankuasa itu menyebut, punca kematian wanita itu adalah akibat myocarditis, satu komplikasi keradangan pada otot jantung yang boleh merencatkan fungsi organ itu untuk mengepam darah.

Walaupun jarang berlaku, salah satu daripada kesan sampingan pengambilan vaksin Pfizer adalah myocarditis.

“Ini merupakan insiden kematian pertama di negara ini yang boleh dikaitkan dengan pengambilan vaksin Pfizer,” kata Kementerian Kesihatan dalam kenyataan itu.

Jawatankuasa itu, bagaimanapun, tidak menolak kebarangkalian faktor perubatan lain yang mempengaruhi keradangan itu susulan pengambilan vaksin.

“Dalam isu pengambilan vaksin, kelebihannya adalah melebihi risiko jangkitan Covid-19 dan kesan sampingan yang dialami, termasuk mycarditis,” kata jawatankuasa itu dalam laporan yang sama.

Kata Reuters lagi, pihak Pfizer belum memberikan sebarang komen mengenai laporan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here