Nurulhidayah kesal pihak pertikai bapanya dapatkan rawatan

0
371
Nurulhidayah (kanan) bersama bapanya, Ahmad Zahid.

CYBERJAYA – Tindakan sesetengah pihak yang mempertikai tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendapatkan rawatan di hospital bukanlah sesuatu yang wajar, kata anak beliau.

Menurut Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, gerak hatinya untuk merakam detik bapanya diusung ke dewan pembedahan ternyata berasas.

“Sangkaan saya amat tepat!

” Belumpun abah selesai di OT, berita fitnah tersebar yang dia sedang’ berehat’ di hospital untuk elak kes mahkamah!” kata Nurulhidayah dalam satu paparan di Facebook miliknya, hari ini.

Dia menambah, keadaan kesihatan seseorang itu bukanlah sesuatu yang boleh disengajakan, dan dibuat mainan.

“Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya.

“Saya yang bertanggung jawab tunggu dan jaga abah sepanjang di hospital,” katanya lagi.

Ahmad Zahid sepatutnya hadir ke mahkamah pada hari ini bagi prosiding terhadap 47 tuduhan melakukan pecah amanah.

Bagaimanapun, perbicaraan ditangguhkan kerana dia dilaporkan tidak dapat hadir kerana perlu menjalani rawatan akibat kecederaan tulang belakang sejak Ahad lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here