Olimpik 2020: Belgium mara ke perlawanan akhir hoki

0
55
Pemain Belgium, Thomas Briels (kanan) cuba melarikan bola daripada pemain India, Varun Kumar dalam perlawanan separuh akhir hoki lelaki temasya Olimpik 2020 di Padang Utara Stadium Hoki Tokyo, hari ini.

TOKYO – Juara dunia, Belgium menempah tiket ke perlawanan akhir hoki temasya Olimpik 2020 setelah menewaskan India 5-2, hari ini.

Dalam perlawanan akhir pada Khamis nanti, Belgium akan bertemu pemenang dalam satu lagi perlawanan separuh akhir antara Australia atau Jerman, yang akan berlangsung pada pukul 7 petang (waktu tempatan) nanti.

“Kami bangga kerana dapat layak ke perlawanan akhir, namun usaha ini belum berakhir,” kata kapten pasukan, Felix Denayaer kepada Reuters, hari ini.

Gol-gol Belgium hadir menerusi Loick Luypaert (min ke-2), Alexander Hendrickx (min-19, min-49 dan min-53), dan John-John Dohmen pada minit ke-60.

Gol India pula dijaringkan oleh Harmanpreet Singh pada minit ke-11, diikuti dengan gol oleh penyerang Mandeep Singh pada minit ke-13.

Pada temasya Rio 2016, Belgium menamatkan saingan mereka dengan pingat perak setelah tewas 2-4 kepada Argentina, manakala pingat gangsa diraih Jerman yang menewaskan Belanda 4-3 menerusi penalty stroke.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here