Olimpik 2020: Hasrat Pandelela bawa pulang pingat lebur

0
82

TOKYO – Hasrat penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg untuk membawa pulang pingat Olimpik 2020 lebur apabila dia hanya berjaya menamatkan saingan di tempat ke-12 dalam acara terjun 10 meter (m) platform, sebentar tadi.

Berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Pandelela berjaya mengumpul 245.85 mata keseluruhan selepas 5 terjunan.

China membuktikan dominasi mereka dalam acara tersebut dengan menyapu bersih pingat emas dan dan pingat perak.

Quan Hongchan mencatat 466.20 mata bagi pingat emas, manakala rakan senegaranya, Chen Yuxi mencatat 425.40 mata bagi pingat perak.

Pingat gangsa diraih oleh penerjun Australia, Melissa Wu yang mencatat mata keseluruhan 371.40.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here