
TOKYO – Gandingan wanita Indonesia, Greysia Polii/Rahayu Apriyani berjaya meraih pingat emas acara beregu badminton temasya Olimpik 2020, sebentar tadi.
Kejayan ini menjadikan Indonesia sebagai negara ketiga di rantau Asia Tenggara selepas Filipina dan Thailand, yang berjaya membawa pulang pingat emas temasya Olimpik 2020.
Dalam perlawanan akhir di Gelanggang Plaza Mushashino Forest itu tadi, beregu Indonesia menewaskan pasangan China, Chen Qing Chen/Jia Yi Fan 21-19, 21-15.
Perlawanan yang berlangsung selama 57 minit itu menyaksikan gandingan beregu Indonesia berjaya melakukan upset menumpaskan gandingan China yang merupakan pilihan ke-2 acara.
Pada perlawanan penentuan pingat gangsa yang diadakan lebih awal diantara dua pasangan beregu Korea Selatan, gandingan Kim So-yeong/Kong Hee-yong berjaya menewaskan rakan pasukan, Lee So-hee/Shin Seung-chan 21-10, 21-17.