
TOKYO – Marcus Asensio menjadi wira Sepanyol apabila gol tunggal jaringannya berjaya melayakkan pasukannya ke perlawanan akhir bola sepak Olimpik 2020 ketika bertemu Jepun, sebentar tadi.
Perlawanan di Stadium Bola Sepak Saitama itu berakhir dengan keputusan 1-0, dengan gol pemain Real Madrid itu hadir dalam waktu tambahan pada minit ke-115.
Waktu permainan sebenar tamat dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Dalam perlawanan akhir pada hari Sabtu nanti, Sepanyol akan berdepan juara bertahan, Brazil yang terlebih dahulu layak setelah menewaskan Mexico 4-1 menerusi sepakan penalti.
Perlawanan penentuan pingat gangsa di antara Jepun menentang Mexico akan berlangsung pada Jumaat.