Pak Wan sahkan satu pengumuman penting akan dibuat PM esok

0
243
Datuk Seri Redzuan Yusof

KUALA LUMPUR – Satu pengumuman penting yang bakal memberikan implikasi besar kepada keadaan politik negara dijangka diumumkan esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Redzuan Yusof, selepas mesyuarat MPT di Publika, di sini, hari ini.

“Insya-Allah ada pengumuman esok, apa pun kita tunggu lah.

“Perdana Menteri telah meneliti beberapa pilihan dan langkah yang diambil semuanya semata-mata untuk kepentingan rakyat terhadap krisis hari ini.

“Ini bila kita nampak ada segolongan yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan nasib rakyat digadaikan,” katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat itu.

Mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Muhyiddin selama dua jam turut dihadiri barisan pimpinan kanan Bersatu.

Antaranya Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ahli MPT, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Kamarudin Jaafar, Datuk Mansor Othman, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Mengulas lanjut, Redzuan berkata, mesyuarat berkenaan membincangkan ke arah dan bentuk yang akan terjadi kepada kerajaan sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Beliau menyatakan dalam keadaan sekarang semua pihak sepatutnya memastikan usaha mengekalkan segala apa yang sudah dibawa oleh Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Tetapi kita akur kepada Perlembagaan. Sekiranya mereka menarik sokongan atas dasar peribadi tanpa mengira kepentingan rakyat, maka kita uruskan dengan cara terbaik.

“Jadi terpulanglah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan negara ini terus diterajui, yang mementingkan keprihatinan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here