Palestin bantu Israel padam kebakaran

0
454
Usaha pihak berkuasa Israel memadamkan kebakaran selepas 3 hari mula berhasil.

BAITULMAQDIS – Pihak berkuasa negara haram, Israel menarik semula permintaan mendapatkan bantuan pesawat pemadam kebakaran antarabangsa selepas mula berjaya mengawal kebakaran semalam.

Terbaharu, kebakaran di kawasan seluas 4,200 ekar itu turut mendapat bantuan daripada pasukan bomba Palestin.

Media tempatan melaporkan, mangsa-mangsa yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara kini mula pulang ke kediaman masing-masing.

Bomba Israel dalam satu kenyataan memaklumkan, kebakaran di sekitar bandar ini mula dapat dikawal selepas operasi memadamkan kebakaran dilakukan selama 52 jam tanpa henti.

Kebakaran di sebelah barat Masjid Al-Aqsa yang bermula di enam penempatan sejak 3 hari lalu itu merebak sehingga 10 buah perkampungan, namun tiada korban jiwa dilaporkan.

Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz semalam mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas atas bantuan yang diberikan kepada Israel.

Israel Menteri Luar Israel, Yair Lapid, dalam ciapan di Twitter kelmarin, memohon bantuan antarabangsa bagi mengawal kebakaran yang kini semakin merebak di luar kawalan.

Permintaan Israel itu disahut oleh Greece dan Cyprus yang bersetuju menghantar bantuan pesawat pemadam kebakaran.

Awan gelap kesan daripada kebakaran hutan yang meliputi sebahagian bandar Baitulmaqdis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here