Pandelela ke separuh akhir acara terjun

0
56

TOKYO – Penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir acara terjun 10 meter (m) platform, sebentar tadi.

Pada pusingan kelayakan acara di Pusat Akuatik Tokyo itu tadi, Pandelela berjaya mengumpul 284.90 mata setelah lima pusingan terjunan.

Bagaimanapun, seorang lagi penerjun, Cheong Jun Hong terlepas peluang mara setelah hanya mencatat 251.80 mata bagi menamatkan saingan kelayakan di tangga ke-26.

Hanya 18 penerjun terbaik akan mara ke pusingan separuh akhir pada esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here