Paralimpik 2020: Bonnie Bunyau raih emas pertama negara

0
257
BONNIE BUNYAU GUSTIN

TOKYO – Atlet angkat berat negara, Bonnie Bunyau Gustin berjaya meraih pingat emas temasya Paralimpik 2020 pertama negara, sebentar tadi.

Bonnie Bunyau, yang berasal dari Sarawak, muncul juara acara Powerlifting lelaki kategori 72 kilogram (kg).

Beliau muncul juara dengan angkatan terbaik seberat 228kg.

Lebih manis, angkatan itu turut dicatat sebagai rekod baharu temasya.

Pingat perak dimenangi oleh atlet Mesir, Mahmoud Attia, manakala pingat gangsa diraih atlet Great Britain, Micky Yule.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here