Paralimpik 2020: Nur Azlia berjaya baharui rekod peribadi

0
33
Nur Azlia menamatkan saingan di tempat kesembilan keseluruhan.

TOKYO – Pelumba basikal negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zais berjaya mencatat masa peribadi terbaik pada perlumbaan akhir berbasikal trek ujian masa 1,000 meter (m) wanita, hari ini.

Azlia, yang bergandingan dengan jurumudi Nurul Suhada Zainal, menamatkan saingan di tangga kesembilan daripada 10 peserta menerusi catatan masa 1 minit 15.005 saat (s).

Pelumba negara, Nur Azlia (kanan) bersama jurumudinya, Nurul Suhada sebelum memulakan perlumbaan di Velodrom Izo, sebentar tadi.

Catatan tersebut memperbaiki rekod peribadi lamanya, 1:15.177s.

Dalam perlumbaan yang diadakan di Velodrom Izu itu, pingat emas dimenangi oleh pelumba Belanda, Larissa Klaassen dengan catatan masa 1:05.291s yang turut memecahkan rekod Paralimpik acara berkenaan.

Pelumba Great Britain, Aileen McGlynn Obe meraih pingat perak dengan catatan 1:06.743s, manakala Griet Hoet dari Belgium di tempat ketiga (1:07.943s).

Nur Azlia akan turun semula untuk beraksi dalam acara keduanya iaitu ujian masa lebuh raya, Selasa depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here