Paralimpik 2020: Nur Syaiful mara ke pusingan akhir 100m gaya bebas S5

0
43
Aksi pperenang negara, Muhammad Nur Syaiful di Puast Akuatik Tokyo, hari ini.

TOKYO – Perenang negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir acara 100 meter (m) gaya bebas S5 setelah menamatkan saingan di pusingan kelayakan di tempat ketiga.

Atlet berusia 26 tahun dari Sarawak itu berjaya mencatat masa 1:16.33 sekaligus menempatkan diri dalam kalangan lapan perenang terbaik yang akan beraksi di pusingan akhir petang nanti.

Dalam pusingan kelayakan di Pusat Akuatik Tokyo tadi, juara bertahan dari Brazil, Daniel de Faria Dias muncul pemenang dengan catatan masa 1:13.02s, manakala perenang Sepanyol, Antoni Ponce Bertrand di tempat kedua dengan 1:13.33s.

Semalam, Nur Syaiful terlepas peluang mencatat rekod baharu Asia dalam acara 200m gaya bebas S5 apabila dia didapati melanggar peraturan teknikal menyebabkan penyertaannya dibatalkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here