Paralimpik 2020: Powerlifting sumbang pingat perak

0
28
Jong Yee Khie

TOKYO – Malaysia memperoleh pingat Paralimpik 2020 kedua menerusi atlet powewrlifting Jong Yee Khie, yang berjaya merangkul pingat kategori 107 kilogram (kg), sebentar tadi.

Yee Khie, yang tidak berjaya dalam percubaan pertama dengan angkatan seberat 230kg, bagaimanapun berjaya bangkit untuk menyelesaikan angkatan keduanya dengan bebanan 237kg.

Atlet dari Pulau Pinang bagaimanapun tidak berupaya untuk memperbaiki angkatan itu selepas percubaan ketiganya bagi mengangkat bebanan sebanyak 245kg tidak berhasil.

Keputusan itu bermaksuhd Yee Khie terpaksa berpuas hati dengan menggondol pingat perak acara, di belakang atlet Mongolia, Sodnompiljee Enhbayar yang menggondol pingat emas dengan angkatan seberat 245kg.

Pingat gangsa pula diraih oleh peserta Iran, Razi Saman dengan angkatan seberat 231kg.

Ini merupakan pingat kedua yang berjaya diraih kem powertlifting, setelah Bonnie Bunyau Gustin meraih pingat emas bagi kategori 72kg pada Sabtu lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here