Paralimpik 2020: Ziyad terlepas pingat emas, penyertaan dibatalkan

0
474

TOKYO – Hasrat kontinjen negara menggondol pingat emas kedua temasya Paralimpik 2020 dalam acara lontar peluru F20 berkecai apabila penyertaan Mohammad Ziyad Zolkefli dibatalkan akibat kesilapan teknikal.

Terdahulu, Ziyad berjaya mencatat lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang dicatat pada cubaan ketiganya.

Catatan tersebut turut memecahkan rekod dunia miliknya sendiri, 17.29m yang dicatat di London pada 2017.

Namun, tamat acara, protes daripada kontinjen Ukraine bahawa Ziyad lewat tiba di ‘call room’ diterima komisar pertandingan, sekaligus menyaksikan penyertaannya dibatalkan.

Selain Ziyad, dua lagi atlet yang turut dikatakan lewat iaitu Jordi Patricio Congo Vilalba dari Ecuador, dan Todd Hodges dari Australia, turut dibatalkan.

Atlet Ukraine, Maksym Koval berjaya merangkul merangkul pingat emas setelah mencatat 17.34m, dengan rakan sepasukannya, Oleksandr Yarovyi meraih pingat perak dengan catatan 17.30m.

Pingat gangsa berjaya diraih oleh atlet Greece, Efstratios Nikolaidis dengan catatan 15.93m.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here