Pas berdukacita dengan tindakan diambil Zahid Hamidi

0
146
TUAN_IBRAHIM_TUAN_MAN2_11032020
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

CYBERJAYA – Pas melahirkan rasa dukacita dengan tindakan diambil oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan ahli Parlimen UMNO menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu juga tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub di dalam Piagam Muafakat Nasional.

“Ia secara tidak langsung akan menggugat perancangan Pelan Pemulihan Negara dan usaha menangani penularan wabak Covid-19, serta usaha membantu rakyat yang terjejas teruk kini.

“Walau bagaimanapun, Pas kekal yakin dengan asas penubuhan Muafakat Nasional yang bermatlamatkan kesatuan ummah serta membina kekuatan politik Melayu Islam perlu terus dipertahankan demi kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Kelmarin Presiden UMNO mengumumkan parti itu menarik semula sokongan terhadap PN dan Perdana Menteri kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong supaya Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan sebelum 1 Ogos lalu.

Menurut Ahmad Zahid lagi, UMNO juga telah mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong angka yang mencukupi bagi menzahirkan penarikan diri daripada menyokong PN dan Perdana Menteri.

Bagaimanapun semalam dalam satu pengumuman khas, Perdana Menteri menegaskan masih mempunyai majoriti yamg meyakinkan dan PN masih berfungsi sebagai kerajaan yang sah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here