Pas sebulat suara sokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri

0
113

TUAN_IBRAHIM_TUAN_MAN2_11032020
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

CYBERJAYA – Pas sebulat suara menyokong dan mencalonkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, untuk tujuan itu, parti berkenan sudah bersiap sedia dengan akuan bersumpah (SD).

“Pas sebulat suara sokong Datuk Seri Ismail Sabri dan kita dah siap SD beberapa hari lepas,” katanya seperti yang dilaporkan Malaysiakini hari ini.

Untuk makluman, Pas juga bekerjsama dengan UMNO bagi membentuk gabungan Muafakat Nasional selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Barisan Nasional (BN) hanya mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

“Berpadu bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Timbalan Datuk Seri Mohamad Hasan, Penasihat BN Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO.

‘Dihantar hanya 1 nama sebagai calon Perdana Menteri oleh Ahli Parlimen UMNO/BN pada 17/8/21 iaitu Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera,” katanya.

Terdahulu, malam tadi UMNO mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MT) di Menara Dato’ Onn bagi menentukan calon pilihan parti untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here