Pas ucap tahniah kepada Taliban

0
729
Pas mengucapkan tahniah kepada Taliban yang berjaya mengambil alih kuasa di Afghanistan

CYBERJAYA – Pas mengucapkan tahniah kepada Taliban yang berjaya mencapai kemenangan dan memerdekakan Afghanistan daripada cengkaman penjajah.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kemenangan dan kemerdekaan yang dicapai itu adalah hasil usaha seluruh rakyat Afghanistan dalam usaha untuk membebaskan tanah air mereka yang dijajah selama 20 tahun.

“Dengan kemenangan ini, adalah menjadi harapan agar semua pihak yang berkepentingan sama-sama berganding bahu dan mencapai kata sepakat untuk berdamai serta berusaha untuk membangunkan semula serta meletakkan kembali Afghanistan di landasan yang betul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suasana di Kabul selepas Taliban mengambil alih pemerintahan

Dalam pada itu, Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berharap kerajaan baharu Afghanistan dan rakyatnya dapat berganding bahu dan berkerjasama membangunkan semula negara itu dengan berpandukan syariat dan nilai-nilai Islam.

Kelmarin Taliban mengisytiharkan berjaya menawan seluruh Afghanistan selepas berjaya memasuki Istana Presiden di Kabul.

Afghanistan sebelum ini ‘dijajah’ oleh Amerika Syarikat (AS) selama 20 tahun kononnya negara tersebut menjadi pusat kumpulan pengganas.

Bagaimanapun, pada bulan lalu, AS mula mengundurkan tentera mereka dari Afghanistan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here