Pasangan PJJ bervaksin lengkap dibenar rentas daerah/negeri

0
47
Gambar hiasan.

CYBERJAYA -Kerajaan membenarkan pasangan suami isteri jarak jauh (PJJ) yang telah menerima suntikan vaksin lengkap merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

Kelonggaran yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas berhubung kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap itu berkuatkuasa pada Selasa ini (10 Ogos 2021).

Selain pasangan suami isteri, ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap juga dibenarkan berbuat demikian untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Sementara itu, kebenaran juga diberikan kepada pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap pula dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.

“Kemudahan-kemudahan itu terpakai untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya hari ini.

Dalam perutusan itu, Muhyiddin mengumumkan pelbagai kelonggaran kepada individu yang telah melengkapkan vaksinasi dan melepasi kriteria ditetapkan.

Katanya, kriteria paling utama adalah melepasi tempoh 14 hari bagi vaksin dua dos suntikan iaitu Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac).

Manakala bagi vaksin (Johnson & Johnson dan CanSino), penerima perlu melepasi tempoh 28 hari sebelum layak menerima kelonggaran diumumkan kerajaan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here