Pelancongan dalam negeri dibenarkan untuk individu bervaksin lengkap

0
88
Kebenaran aktiviti luar yang dibenarkan termasuk memancing, jogging, senaman, taichi, memanah, mendaki, badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

CYBERJAYA – Kerajaan memberi kelonggaran kepada orang ramai yang sudah lengkap dua dos vaksin untuk melakukan aktiviti pelancongan dalam negeri tanpa berkuatkuasa 10 Ogos ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran itu hanya diberikan kepada negeri-negeri yang berada pada Fasa 2 atau ke atas dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, kebenaran itu juga tertakluk kepada kriteria tempoh ‘matang’ sesuatu suntikan iaitu 14 hari bagi vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca dan selepas 28 hari bagi vaksin jenis CanSino.

Katanya, antara aktiviti pelancongan dalam negeri yang dibenarkan ialah melibatkan inap desa (homestay) dan hotel.

“Pengusaha homestay dan hotel perlu pastikan mereka yang ingin memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 yang membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas kebenaran individu lengkap dua dos vaksin hari ini.

Dalam perutusan itu, Muhyiddin mengumumkan pelbagai kelonggaran kepada individu yang telah melengkapkan vaksinasi dan melepasi kriteria ditetapkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here