
TOKYO – Pelari Itali, Lamont Marcell Jacobs mencipta kejutan apabila berjaya menjuarai acara pecut 100 meter (m) temasya Olimpik 2020 sebentar tadi.
Jacob muncul juara dengan catatan masa 9.80s di hadapan pelari Amerika Syarikat (AS), Fred Kerley yang mencatat 9.84s.
Pingat gangsa diraih oleh pelari Kanada, Andre de Grasse dengan catatan 9.89s.
Jacobs, yang dilahirkan di Texas, Amerika Syarikat pada 1994, membesar di Itali bersama ibunya di bandar Brescia.
Mula menceburi bidang olahraga sejak berumur 10 tahun, Jacobs turut mengambil bahagian dalam acara lompat jauh, dan merupakan juara kebangsaan dalam acara itu.