Peluang jana pendapatan, jual Kambing Perap Menangis dan Marinated Grilled Chicken Chop.

0
89
Kambing Perap Menangis keluaran Casa De Madani

CYBERJAYA – Orang ramai berpeluang menjana pendapatan bersama Casa De Madani dengan menjadi agen jualan Kambing Perap Menangis dan Marinated Grilled Chicken Chop.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari berkata, kedua-dua produk berkenaan ‘laku keras’ dan mendapat sambutan begitu baik daripada pelanggan.

Abdul Aziz berkata, dengan konsep ‘berkongsi rezeki’ pihaknya ketika ini membuka peluang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mencari pendapatan sampingan.

Abdul Aziz (tengah) bersama dua cef terkemuka yang menjadi tulang belakang Casa De Madani

“Sebenarnya kita baharu sahaja perkenalkan dua produk iaitu Kambing Perap Menangis dan Marinated Grilled Chicken Chop. Walaupun baharu, sambutannya begitu baik.

“Lebih-lebih lagi Kambing Perap Menangis, kita perkenalkan minggu lepas dan sudah terjual lebih 300 pek. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan kesedapan produk ini.

Marinated Grilled Chicken Chop

“Rasanya meletup…sangat padu. Harga jualan ialah RM35 bagi 500gram, untuk Kambing Perap Menangis. Kita ada pakej stokis, agen dan dropship untuk mereka yang berminat.

“Ini peluang terbaik untuk tambah pendapatan, produk sebegini laris untuk jualan. Jadi jangan lepaskan peluang terbaik ini,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Mengulas mengenai keistimewaan Kambing Perap Menangis, Abdul Aziz berkata, pihaknya menggunakan kambing import berkualiti premium bahagian ‘lamb shoulder’.

Katanya, bahan perapan pula menggunakan herba terpilih dengan citarasa Eropah selain setiap paket juga tersedia dengan sos istimewa hasil air tangan cef terkenal Casa De Madani.

“Sama juga dengan Marinated Grilled Chicken Chop, kami gunakan ayam bersih dan halal. Perapan citarasa Eropah dan harganya mengikut pasaran tempatan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat untuk menjadi stokis, agen atau dropship boleh menghubungi 016-2214961 untuk sebarang pertanyaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here