Pemain bola sepak antara rakyat Afghanistan yang jatuh dari pesawat

0
820
Zaki Anwari maut selepas jatuh daripada pesawat ketika cuba melarikan diri daripada Taliban

KABUL – Salah seorang individu yang maut jatuh daripada sebuah pesawat ketika cuba melarikan diri daripada Taliban disahkan sebagai pemain bola sepak remaja Afghanistan.

Menurut Suruhanjaya Sukan Afghanistan, Zaki Anwari, pemain berusia 19 tahun merupakan anggota skuad remaja kebangsaan Afghanistan.

Memetik laporan Reuters melaporkan, Zaki berpaut pada badan pesawat udara tentera Amerika Syarikat (AS) dalam usahanya melarikan diri dari negara bergolak itu.

Bagaimanapun dia terjatuh daripada ketinggian yang tidak dapat dipastikan pada 16 Ogos lalu.

Selepas lebih 20 tahun, Taliban kini menguasai sepenuhnya Afghanistan apabila berjaya mengepung Kabul dan merampas Istana Presiden pada 15 Ogos lalu.

Suasana kecoh di Lapangan Terbang Kabul

Presiden Ashraf Ghani yang dilantik mengetuai kerajaan negara berkenaan sejak 29 September 2014 melarikan diri ke luar negara sebelum Taliban menguasai Kabul.

Susulan suasana kacau bilau itu, ribuan penduduk Afghanistan cuba melarikan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai.

Puluhan orang dilihat mengejar pesawat tentera udara AS yang bergerak untuk berlepas, dengan sesetengahnya berpaut pada bahagian luar kapal terbang berkenaan.

Tragedi itu mendapat perhatian seluruh dunia yang menyifatkan ia bukan mengerikan, tetapi tragis.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here