Pemandu ambulans maut langgar belakang lori

0
291
Bahagian depan kenderaan ambulans yang remuk selepas berlanggar dengan sebuah lori di KM 9.7 Lebuh Raya Utara Selatan, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) maut apabila kenderaan yang dipandu merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 9.7 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Skudai hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 49 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan tersepit di tempat duduk pemandu.

Menurut maklumat, ambulans yang dipandu mangsa bersama bebeapa orang lagi penumpang sedang dalam perjalanan dari Pusat Kesihatan Daerah Kluang ke Hospital Permai.

Akibat kemalangan, seorang lagi penumpang yang berada di bahagian depan mengalami kecederaan.

Melalui video yang tular hari ini, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian terpaksa memecahkan cermin ambulans untuk mengeluarkan penumpang.

Anggota bomba dan polis di lokasi kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here