Pemberian vaksin Covid-19 dos pertama di Lembah Klang kini melebihi 50 peratus

0
18

CYBERJAYA – Lembah Klang merekodkan pemberian vaksin melebihi 50 peratus populasi dewasa bagi dos pertama dengan 96.7 peratus dicatat berdasarkan kepada jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat semalam.

Lima negeri yang merekodkan pemberian vaksin tertinggi melebihi 50 peratus dos pertama adalah Labuan (95.1 peratus), Sarawak (84.6 peratus), Negeri Sembilan (72.5 peratus), Perlis (62.2 peratus) dan Pulau Pinang (56.2 peratus).

Jumlah pemberian vaksin harian di seluruh negara menurun sedikit berbanding kelmarin, dengan sebanyak 480,122 dos diberikan setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata, daripada jumlah itu, suntikan pertama sehingga 11.59 malam tadi merekodkan 298,236 dos manakala suntikan kedua sebanyak 181,886 dos sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif suntikan dos vaksin Covid-19 di negara sebanyak 21,200,473 dos keseluruhan,” katanya menerusi ciapan di twitternya hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 14,247,659 (60.1 peratus) bagi dos pertama manakala 6,952,814 (29.7 peratus) bagi dos kedua mengikut populasi dewasa.

Manakala negeri yang lengkap dos kedua melebihi 50 peratus populasi dewasa adalah Labuan dan Sarawak apabila masing-masing mencatatkan 81.5 peratus dan 65.7 peratus.

Sementara itu, pemberian dos vaksin harian, Lembah Klang terus mencatatkan jumlah tertinggi pemberian vaksin iaitu, Selangor dengan sebanyak 146,244 dos diikuti Kuala Lumpur (45,864 dos).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here