Pemuda terjun laut, berenang nak ke Tanah Suci

0
127
Pemuda yang ditahan anggota Polis Marin semalam ketika berenang di perairan Pulau Pinang.

GEORGETOWN – Seorang pemuda yang pernah ditahan ketika berenang menyeberangi perairan Pulau Pinang ke tanah semenanjung dengan alasan untuk bertemu rakannya ditahan sekali lagi semalam.

Kali ini, lelaki berusia 28 tahun itu yang mengapungkan diri di atas kepingan gabus mendakwa sedang berenang untuk ke Tanah Suci, Mekah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki itu ditahan atas cubaan merentas daerah/negeri oleh Pasukan Polis Marin (PPM).

Beliau berkata, individu yang ditahan pada pukul 4.45 petang itu adalah lelaki yang sama ditahan berhampiran Jeti Tanjung City Marina pada 12 Julai lalu.

“Dia adalah lelaki yang sama yang tular dalam berita di media sosial baru-baru ini sehingga mendapat pelbagai reaksi dari nitizen.

“Namun kali ini dia memberikan alasan sedang dalam perjalanan ke Tanah Suci,” katanya dalam kenyataan semalam.

Soffian berkata, pihak polis telah membawa lelaki itu ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan penilaian tahap kesihatan mental namun dia tidak mengalami sebarang masalah mental.

Katanya, lelaki itu kini ditempatkan di Wad Psikiatrik Jalan Perak di sini untuk rawatan lanjut manakala ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah.

“Dia sebelum ini dihantar untuk rawatan pemulihan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana ketagihan dadah yang serius oleh ibu bapanya,” katanya.

Pemuda berusia 28 tahun ketika ditahan pada 12 Julai lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here